Lumrah Dunia
Warna warni telah dituliskan
Yang pastinya ianya lumrah dunia
Warna warni telah dituliskan
Yang pastinya ianya lumrah dunia
Setiap yang ku lakukan mula dengan bismillah
Semalam bakat ku mendungharap kini menyerlah
Segala kutukan ku terima dengan aman
Ku pegang pada satu sabar separuh dari iman
Diharap cerita ini dijadikan sejarah
Panduanku untuk masa masa yang sudah
Kegemilangan muncul bila sedang di atas
Bila di bawah semua dijadikan tebusan
Mana hilangnya kawan di saat aku susah
Hanya berdoa padamu Allah yang maha esa
Ku teruskan berjalan mencari warna hidup
Tanpa ku hiraukan lagi apa yang kan berlaku
Sedari apa yang kita lakukan
Setiap kesusahan tentu ada kemudahan
Fikir semula iman jua tunjang haluan
Semua ujian adalah sapaan Tuhan
Warna warni telah dituliskan
Yang pastinya ianya lumrah dunia
Warna warni telah dituliskan
Yang pastinya ianya lumrah dunia
Senyum dan tawa dan ku rasa
Aku mengaku kadang kala nya sukar
Tapi aku tabah haryngi semua
Kerna ku tahu hidup bagaikan roda
Ramai mengata juga dari keluarga
Apa boleh buat hanya pekakkan telinga
Mengapa wang jadi bahan ukuran
Mengapa harta jadi topik perbualan
Memang nya benar aku tak punyai apa
Tapi usahlah engkau pandang aku hina
Kita manusia rezeki dari Tuhan
Bukan tak usaha mungkin ia perlahan
Tak ku hirau apa kata mereka
Diamkan sahaja persetan semua
Aku bersyukur masih lagi dipanjangkan
Walau tak berlari ku tetap berjalan
Warna warni telah dituliskan
Yang pastinya ianya lumrah dunia
Warna warni telah dituliskan
Yang pastinya ianya lumrah dunia
Biar seiringan walau berlainan
Kerna inilah coretan kehidupan
Biar seiringan walau berlainan
Kerna inilah coretan kehidupan
Warna warni telah dituliskan
Yang pastinya ianya lumrah dunia
Warna warni telah dituliskan
Yang pastinya ianya lumrah dunia
Yang pastinya inilah lumrah dunia
Alhamdulillah