Sebahagian Usia Ini
Sebahagian usiaku
Telah ku peruntukkan buatmu
Pahit dan getir kehidupan
Menjadi kelumrahan
Selalu kita dipisahkan
Di atas nama kewajipan
Belum pernah hati ini
Mencurigai
Ku berkeyakinan
Bahawa kesusahan
Sekadar ujian
Membentuk kematangan
Seperti sungai mengalir
Meniti doa di bibir
Ku percaya akan tiba
Kejayaan milik kita
Moga disaat itu
Kau tak berubah laku
Sebahagian usiamu
Sebahagian usiaku
Suatu anyaman
Bernama perkahwinan
Ku berkeyakinan
Bahawa kesusahan
Sekadar ujian
Membentuk kematangan
Seperti sungai mengalir
Meniti doa di bibir
Ku percaya akan tiba
Kejayaan milik kita
Moga disaat itu
Kau tak berubah laku