Kenangan Silam
Masih terdengar jeritan silam
Dan cinta terpadam sejak itu kau menghilang
Meninggalkan bayang-bayang di setiap
Ruang waktu yang berlalu
Masih terdengar setiap patah
Cemuhanmu itu kesannya menghantuiku
Kerana ku tak berterus terang
Kalau kawan jadi penghalang
Sanggup ku hidup dengan kau seorang
Masih terasa hangatnya cinta di ketika itu
Seolah-olah pasti kan bertapak buat kita mahligai bahagia
Tetapi malangnya mahligai impian
Tak mampu bertahan mudah dirobohkan
Cinta itu buta tak kenal siapa
Tak dapat membeza itu hakikatnya
Hanya perasaan mengawal fikiran
Hanyutlah di dalam lautan khayalan
Timbullah cemburu di keasyikan rindu
Dewasalah engkau di dalam kenangan
Anggaplah satu teladan
Masih terdengar setiap patah
Cemuhanmu itu kesannya menghantuiku
Kerana ku tak berterus terang
Kalau kawan jadi penghalang
Sanggup ku hidup dengan kau seorang
Masih terasa hangatnya cinta di ketika itu
Seolah-olah pasti kan bertapak buat kita mahligai bahagia
Tetapi malangnya mahligai impian
Tak mampu bertahan mudah dirobohkan
Cinta itu buta tak kenal siapa
Tak dapat membeza itu hakikatnya
Hanya perasaan mengawal fikiran
Hanyutlah di dalam lautan khayalan
Timbullah cemburu di keasyikan rindu
Dewasalah engkau di dalam kenangan
Anggaplah satu teladan