Sumayyah

MUNIF AHMAD, PAHROL MOHAMAD JOUI

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
Dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan


Padang pasir menjadi saksi
Ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah


Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah


Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
Menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah


Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

Curiosités sur la chanson Sumayyah de Hijjaz

Quand la chanson “Sumayyah” a-t-elle été lancée par Hijjaz?
La chanson Sumayyah a été lancée en 2015, sur l’album “The Best Of Hijjaz”.
Qui a composé la chanson “Sumayyah” de Hijjaz?
La chanson “Sumayyah” de Hijjaz a été composée par MUNIF AHMAD, PAHROL MOHAMAD JOUI.

Chansons les plus populaires [artist_preposition] Hijjaz

Autres artistes de Asiatic music