Senandung Budi
Berbudi dan berbahasa
Ke mana pergi ingat sentiasa
Biarpun cantik paras dan rupa
Akhlak mulia yang lebih utama
Budi bahasa dipelihara
Sopan santun dijaga
Berbakt berbuat jasa nama dikenang bagai pendita
Biar bercerai jasad dan nyawa
Disebut orang di setiap masa
Jangan biar diri dihina kerna sifat tercela
Bunga pagi bunga di darat
Bunga seroja tepi kali
Hinanya besi kerana karat
Hina manusia tak berbudi
Ke sawah menuai padi bekal dilupa jangan
Hidup bersendikan budi sombong jangan amalkan
Hilang bahasa kerana emas hilang budi kerana miskin
Budi ditabur tak hendak dibalas
Baru sempurna zahir batin
Budi bahasa budaya kita
Jadi amalan bersama
Berbudi dan berbahasa
Ke mana pergi ingat sentiasa
Biarpun cantik paras dan rupa
Akhlak mulia yang lebih utama
Budi bahasa dipelihara
Sopan santun dijaga
Bunga Cina di atas batu
Daunnya lepas dalam ruang
Adat di dunia memang begitu
Kerna harta budi terbuang
Ke sawah menuai padi bekal dilupa jangan
Hidup bersendikan budi sombong jangan amalkan
Hilang bahasa kerana emas hilang budi kerana miskin
Budi ditabur tak hendak dibalas
Baru sempurna zahir batin
Contohi akhlak mulia dari Nabi junjungan
Walau dicaci dihina ditempuh dengan iman
Sarat perahu muatan pinang
Singgah berlabuh di Kuala Daik
Jahat laku lagi akan dikenang ini kan pula budi baik