Ilham Pujangga
Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana
Ia anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya
Tetapi matinya anak muda itu iyalah kerana tergelincir lidahnya
Berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
Bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan
Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Apa di atas sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu
Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
Tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
Berjasalah kamu untuk keharmonian negara
Kau katakan pada aku sekarang jua
Apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi
Pembela harapan dan tiang negara bangsa dan negara
Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini
Kau mempunyai akal bukan tepuklah dada tanya selera
Sunggukanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang berbudi
Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa