Hatiku Ragu Tanpa Kepastian
Manis senyumanmu masih terbayang di mata
Bisik suaramu masih terdengar mesra
Aku mengerti perasaanmu walau
Kau malu untuk menyatakan
Sesuatu padaku
Tak usahlah kau pendamkan
Kasihmu terhadapku oh sayang
Kerana itu hanyalah menyeksakan
Berterus-terang saja padaku
Agar aku pun lebih meyakini
Kerna kebisuanmu itu meragukan
Hatiku ragu tanpa kepastian
Sinar di matamu masih menikam kalbu
Sayu di wajahmu ku terasa resah
Aku mengerti perasaanmu
Walau kau rahsiakan rindumu
Terhadap diriku
Bagaimana nanti jika
Aku membalas cintamu sayang
Sanggupkah kau bersamaku selamanya
Di dalam hatiku berdebar
Sekiranya ada halangan nanti
Tiba-tiba kau lemah hadapi segalanya
Yang terluka nanti aku sendiri
Tak usahlah kau pendamkan
Kasihmu terhadapku oh sayang
Kerana itu hanyalah menyeksakan
Berterus-terang saja padaku
Agar aku pun lebih meyakini
Kerna kebisuanmu itu meragukan
Hatiku ragu tanpa kepastian
Hatiku ragu tanpa kepastian
Hatiku ragu tanpa kepastian