Terkunci Dalam Sengsara

Masih aku yang terkunci
Tiada ku daya melepasi
Kegelapan di daerahmu
Dulu terlena bercanda kita
Cuma seketika

Datang salam ke lubuk silam
Menutupi sengsara ini
Menjawablah penderitaan
Bertanya janji janjimu
Mudahnya kau mungkiri

Dan aku masih di sini
Mengutip pasrah yang pergi
Menanti bersama rinduku
Tersungkur mengejar bayanganmu

Apa harus ku berdoa
Mengiring kebahagiaanmu
Sedang aku terpenjara
Di dalam lautan tangisku

Berkelana
Hakikat rahsianya
Ku terpedaya kerana setia
Kerana tiada harta

Selama
Harta menjadi nilainya
Pencinta terhenti rindunya
Dan aku diundang sengsara

Datang salam ke lubuk silam
Menutupi sengsara ini
Menjawablah penderitaan
Bertanya janji janjimu
Mudahnya kau mungkiri

Dan aku masih di sini
Mengutip pasrah yang pergi
Menanti bersama rinduku
Tersungkur mengejar bayanganmu
Apa harus ku berdoa
Mengiringi kebahagiaanmu
Sedang aku terpenjara
Di dalam lautan tangisku

Berkelana
Hakikat rahsianya
Ku terpedaya kerana setia
Kerana tiada harta

Selama
Harta menjadi nilainya
Pencinta terhenti rindunya
Dan aku diundang sengsara

Berkelana
Hakikat rahsianya
Ku terpedaya kerana setia
Kerana tiada harta

Chansons les plus populaires [artist_preposition] jitu

Autres artistes de Asiatic music