NERACA
Ah ah ah ya ah
Ah ah ah ya ah
Ah ah ah
Lepaskan semua ah ah ah
Jadi lepaskan semua
Ayy beralun dan bergemanya
Terbukanya di singgah sana
Yang pejam akan tercelik
Kelam terpekik pelik tercekik
Bersantun dan sehaya
Terlukanya si cahaya
Sang rejam sakan menarik
Jeram tertarik mata pun sakit
Jangan lena bangun dari mimpi
Terapi minda jiwa hakiki
Berapa pena pegun dengan mimpi
Berapi indra tagih kata sakti
Kiri kanan mu tertulis sudah
Usah diramal yang bukan mudah
Gubah gayamu jika ngerti hati
Diri-Nya rakanku berhenti mati
Mula dari tangan terus naik ke siku
Basah tempat angan
Biar mengalir di situ
Sentuh pendengaran
Peka mendengar yang Satu
Lupa jangan pada dua langkah mu
Daya yang merempuh liku
Ah ah ah lepaskan semua
Ah ah ah jadi lepaskan semua
Sinar mentari yang menerangi
Bumi yang digelapkan sang purnama
Seruan itu kekal berbunyi
Kekal bergema seluruh cakrawala
Memanggil engkau memanggil aku
Memanggil kita dari rutin drama
Mencari arah suara itu
Tuk laksanakan rutin yang sebenarnya
Sucikan menyucikan mengikut tertib
Korbankan mengorbankan tanpa terdetik
Fikiran yang fikirkan hidup sedetik
Jadi lepaskan semua lepaskan semua
Dari saripati nutfah
Sampai nafkhur ruh kau teguh
Hingga slaput terbuka indah pancarindra pun menyentuh
Emosi sudah merasa yang manis tangis hati rapuh
Belum temu cara tangkis hingga faham pada nafsu angkuh
Jadi apa maksud hidup dibumi dahaga terkenal
Sedangkan acap kali tertinggal hingga diri tak mengenal
Aku bukan lagi aku lepas hanyut di lautan syahwat
Jika amal tercatat berat pasti yang kiri kering dakwat
Selepas
Jelas (jelas)
Makin (makin)
Lemas (lemas)
Tewas (tewas)
Aku
Rimas (rimas)
Lepas (lepas)
Nikmat (nikmat)
Ini (ini)
Semuanya (semuanya)
Di akhiri bertemunya (di akhiri bertemunya)
Maka mata hati kau sedar udara makin tercemar ah
Menitis la hiba di jiwa dan mula rasa kecewa
Bangkitlah susun atur bermula dengan wajib lima
Impak nya pasti maksima hingga nurani terkesima
Sucikan menyucikan mengikut tertib
Korbankan mengorbankan tanpa terdetik
Fikiran yang fikirkan hidup sedetik
Jadi lepaskan semua lepaskan semua (ah ah)
Lepaskan semua (ah ah)
Jadi lepaskan semua
Selepas olah limbang amal tuk aku
Berjuta emas ku akan lenyap akibat neraca akhir