Menjunjung Asmara

Ku renung bulan dipagari bintang
Gemerlap menghiasi malam
Angin mula membelai
Rindu yang makin mendalam
Mengusik perasaan dalam kalbu

Mewangi semerbak haruman cinta
Menjunjung sucinya asmara
Impian sering berulang
Pastinya ia kenyataan
Begitu petanda yang ku terima

Berkuntum sudah
Bebunga kasih yang sekian lama
Terasing dan seakan
Diremang remang senja
Penawar di antara
Kini ku yang empunya

Cinta
Bukan lagi igauan yang memaksa
Kasih
Tidak lagi membelenggu
Sayang
Setulusnya kini dari hati dan rasa
Rindu
Bukan lagi yang palsu

Mewangi semerbak haruman cinta
Menjunjung sucinya asmara
Impian sering berulang
Pastinya ia kenyataan
Begitu petanda yang ku terima

Berkuntum sudah
Bebunga kasih yang sekian lama
Terasing dan seakan
Diremang remang senja
Penawar di antara
Kini ku yang empunya

Cinta
Bukan lagi igauan yang memaksa
Kasih
Tidak lagi membelenggu
Sayang
Setulusnya kini dari hati dan rasa
Rindu
Bukan lagi yang palsu

Cinta
Bukan lagi igauan yang memaksa
Kasih
Tidak lagi membelenggu

Curiosités sur la chanson Menjunjung Asmara de LIZA HANIM

Quand la chanson “Menjunjung Asmara” a-t-elle été lancée par LIZA HANIM?
La chanson Menjunjung Asmara a été lancée en 1997, sur l’album “Epilog”.

Chansons les plus populaires [artist_preposition] LIZA HANIM

Autres artistes de Asiatic music