Hanya Dalam Gagasan
Dapatkah kau mengerti tidak ku berdiam diri
Dapatkah kau selami perasaan di jiwa ini
Janganlah kau ambil hati
Cemburu atau benci
Kerana aku memang begini
Ada sesuatu di dalam gagasan
Tak dapat ku nyatakan dengan perkataan
Kau carilah aku sayang
Dalam mimpimu dalam resah dan rindu
Cinta itu sungguh luas tanpa sempadan dan batas
Bagi orang yang mengerti hakikat cinta pada ilahi
Hanya dalam gagasan
Yang dapat aku rasakan
Keindahan segala ciptaan
Ada sesuatu di dalam gagasan
Tak dapat ku nyatakan dengan perkataan
Kau carilah aku sayang
Dalam mimpimu
Kau carilah aku sayang
Dalam mimpimu dalam resah dan rindu