Wajah Suci

NOORA, MOHD FAIZAL OSMAN

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan

Wajah suci itu tidak berdosa
Tubuh kecil itu mahu di hargai di hormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih bisa tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
Mengapa tiada simpati dan kasihan

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina
Bertaubatlah mereka yang hina

Curiosités sur la chanson Wajah Suci de Mestica

Qui a composé la chanson “Wajah Suci” de Mestica?
La chanson “Wajah Suci” de Mestica a été composée par NOORA, MOHD FAIZAL OSMAN.

Chansons les plus populaires [artist_preposition] Mestica

Autres artistes de Thaï pop