Legenda

FAUZI BIN MARZUKI, HABSAH BTE HASSAN

Kaulah satu-satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa
Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Sebutir bintang di angkasa
Sinarannya mempersona
Sebutir bintang di taman seni
Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah, satu nama takkan pudar

Tetap jelas di ruang mata
Setiap gerak dan gaya
Bergetaran merdu sinar
Di persada budaya

Hingga kini menjadi sebutan
Tetap terpahat namamu di ingatan

Kaulah satu-satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa
Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Kau legenda
Kau legenda
Kau legenda

Chansons les plus populaires [artist_preposition] MonoloQue

Autres artistes de Experimental rock