Bimbingku

Kau ketawa
Sinis memandang diri aku
Engkau menghina
Engkau jauhi aku

Aku sedar
Diriku tidak sebaikmu
Engkau mulia
Dipandang agung mulia

Kau mengherdik diriku
Seolah ku tiada harapan berubah
Seolah aku tidak layak tuk ke syurga
Kau singkirkan diriku
Seolah hanya engkau saja yang mulia
Mengapa engkau tidak bimbingku ke syurga

Aku bukan tak mahu
Ku cuma merasa malu
Tiada siapa mahu membimbingku
Aku di sisihkan
Berilah harapan
Kerana ku juga mahu syurga
Tuk bertemu Allah yang aku cintai

Kisah silam
Diriku penuh hitam kelam
Ku telah padam
Ku telah buang ia

Namun mengapa engkau
Masih lagi mengungkit kisah lamaku
Mengapa engkau tidak pimpin tanganku ho ho

Kau biarkan diriku
Hanyut terkapai tuk mencari ilahi
Mengapa engkau terus pinggirkan diriku

Aku bukan tak mahu
Ku cuma merasa malu
Tiada siapa mahu membimbingku ho

Aku di sisihkan
Berilah harapan
Kerana ku mahu menuju syurga
Tuk bertemu dengan Tuhanku

Janganlah engkau sisihkan ku lagi
Aku mahu menjadi baik
Jadi mulia
Menjadi manusia yang dipandang Tuhan
Bimbinglah diriku
Ku merayu
Engkau lupakanlah
Kisah silam daku selama ini ho

Ha
Hu

Chansons les plus populaires [artist_preposition] Rabithah

Autres artistes de Religious