Cukuplah Sengketa

Pilunya hati ini melihat
Mengapa kau bertengkar oh umat
Ku merayu agar kau bersatu
Bukankah redha-Nya yang kau buru

Cukuplah kau membenci
Cukuplah kau mencaci
Mereka yang tak bersamamu
Buka mata hatimu
Apa yang engkau mahu
Rendahkah egomu

Kadang taksub buta
Membuatkan hati kau turut buta
Berlapang dadalah
Kebenaran tertegak atas hujah

Umat derita
Mengapa masih bersengketa
Perpecahan kita
Meriangkan seluruh musuh kita

Sedarlah oh umat
Perbezaan kita adalah rahmat
Dengki yang tersemat
Menjadi punca umat terus tenat

Cukuplah kau membenci
Cukuplah kau mencaci
Mereka yang tak bersamamu
Buka mata hatimu
Apa yang engkau mahu
Rendahkan egomu

Umat derita
Mengapa masih bersengketa
Perpecahan kita
Meriangkan seluruh musuh kita

Sedarlah oh umat
Perbezaan kita adalah rahmat
Dengki yang tersemat
Menjadi punca umat terus tenat

رب انصر دعواتنا
وحقق غياتنا
والف بين قلوبنا
كالأنصار والمهاجرين

Bantulah dakwah kami
Terangi jalan kami
Satukan hati kami
Seperti Ansar Muhajirin

رب انصر دعواتنا
وحقق غياتنا

Chansons les plus populaires [artist_preposition] Rabithah

Autres artistes de Religious