Kasih Enggan Merindu

Semalam rasanya
Akulah insan yang paling bahagia
Dikasih dimanja
Hari-hariku begitu sempurna

Entah mengapa
Sentuhan belaianmu
Kini hambar terasa
Kaku membisu layu membeku
Setelah segalanya ku serahkan

Hatiku kau sakiti semahunya
Seolah diri tidak berharga
Tersayat hatiku tak ingin lagi
Merindu mengharapkan
Asmara hilang manisnya
Tidak bermakna

Seribu sesalan
Pujuk rayu tiada ertinya lagi
Inilah suratan
Bila kasih kini merajuk
Membuat hati enggan merindu

Hatiku kau sakiti semahunya
Seolah diri tidak berharga
Tersayat hatiku tak ingin lagi
Merindu mengharapkan
Asmara hilang manisnya
Tidak bermakna

Biarlah dahulu
Sendiri untuk sementara waktu
Untukku mencari
Azimat peneguh diri
Untuk menempuh hari yang mendatang

Azimat peneguh diri
Untuk menempuh hari yang mendatang
Hari mendatang

Curiosités sur la chanson Kasih Enggan Merindu de Shima

Quand la chanson “Kasih Enggan Merindu” a-t-elle été lancée par Shima?
La chanson Kasih Enggan Merindu a été lancée en 1999, sur l’album “Aku Tetap Aku”.

Chansons les plus populaires [artist_preposition] Shima

Autres artistes de Pop rock