Azimat Cinta

Cahaya cinta menyinar
Berkilauanlah selautan kasih
Bercahaya...
Bagaikan butiran permata
Seoalah-olah terapung
Di permukannya...

Daku menjejaki pantai rindu
Mengutip kasih yang terdampar
Kau merantaikannya satu demi satu
Dengan kasih sayangmu
Kini menjadi kalungan azimat cintaku...

C/O
Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan

Harumlah... Cinta di jiwa...
Sewangi kasturi syurgawi...
Semoga bahagia jadi milik kita...
Nan abadi selama-lamanya

Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayangan...

ULANG C/O & *

* Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan
Yang berlabuh...
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya
Untuk kita berdua...

Curiosités sur la chanson Azimat Cinta de Siti Nurhaliza

Quand la chanson “Azimat Cinta” a-t-elle été lancée par Siti Nurhaliza?
La chanson Azimat Cinta a été lancée en 2001, sur l’album “Safa”.

Chansons les plus populaires [artist_preposition] Siti Nurhaliza

Autres artistes de Pop rock