Kudus SinarMu

Usah ditanya di hamparan mana
Tika terlena melata berkelana
Sesayup angkasa pun pergi
Selembah dituruni
Di mana berdiri
Mata tutup tak berhati

Bagai bahtera berkemudi diuji
Garis terentang imbanglah haluannya
Berulang renung lapis langit
Nipisnya ragaku
Bukalah kelopak kudus sinar Mu

CHOIR

* Dia kekasih kasihNya memutih
Dia tercinta hadir tiap tika
LuhurNya teguh paut hati berkata
Sanubari idam pelukanNya

Bagai bertemu rahsia
Penawar gelita
Hadir dalam titis... siramNya
Sinar kealpaan bak pelangi
Indah penuh warna
Dusta noda mata

C/O
Jika selaut cinta
Tulislah kalimatnya
Pastikan surut
Meski selaut jua

Serlah cendala jiwa
Insankan seharusnya
Jaharkan syahdu
Detik sesaat itu

Bagai satu cerita
Tafsirlah sebaliknya
Cuba mencari makna
Apakah hakikatnya

ULANG * & C/O 2X

Curiosités sur la chanson Kudus SinarMu de Siti Nurhaliza

Quand la chanson “Kudus SinarMu” a-t-elle été lancée par Siti Nurhaliza?
La chanson Kudus SinarMu a été lancée en 2001, sur l’album “Safa”.

Chansons les plus populaires [artist_preposition] Siti Nurhaliza

Autres artistes de Pop rock