Masri Manis

Dengar tabuk berbunyi sayup
Dengar taulan menyanyi merdu
Rindu pada desaku

Asyik biduk dikayuh laju
Asyik unggas berlagu merdu
Masih tidak kujemu
Musim silih berganti, adat tetap di hati

Insan berkasih bersatu hati
Ihsan dan janji menjadi budi
Usah mungkir mungkiri

Aur dan tebing berteguh sakti
Bahu diganding saling berbakti
Pohon sehidup semati, hai pohon sehidup semati

Manis sahut bersahut salam
Manis tamu bertamu undang
Indah dengan bahasa

Senyum balas senyuman manis
Senyum indah menawan manis
Kasih sayang bertaut
Manis riuh di kampung, riang malam mengusik

Ayam menegur itik, orang kampung mengejek
Ayam berlari itik jalan kedek-kedek
Hati-hati cik adik nantikan abang balik
Orang kampung berbisik, detik tak detik

Pulanglah ayah sebagai pejuang
Ibu di rumah tunggu cantik-cantik
Pergilah abang sebagai pejuang
Adik menanti duduk molek-molek

Curiosités sur la chanson Masri Manis de Siti Nurhaliza

Quand la chanson “Masri Manis” a-t-elle été lancée par Siti Nurhaliza?
La chanson Masri Manis a été lancée en 2000, sur l’album “Sahmura”.

Chansons les plus populaires [artist_preposition] Siti Nurhaliza

Autres artistes de Pop rock