Ku Mahkotakan Janji
Tersentuh jiwaku dengan ketabahanmu
Menempuhi kehidupan yang penuh berliku
Mengapa cukup lama kau biarkan
Kekosongan hati tak terisi
Ingin ku menembusi
Tembok yang kau pagari
Lama mencari arti
Rahsiamu yang tersembunyi
Jangan sekali ku dibenci
Hanyalah kerana aku menghampiri
Menyayangimu
Biarlah aku padamkan
Kepahitan masa silam
Dan mengubat luka dihatimu
Berilah aku peluang
Mahkotakan janji-janji tulus murni
Usah dikenang masa yang silam
Andai meyakitkan
Biarlah berlalu
Tak lagi mengganggu
Aku hadirkan diri
Seikhlasnya hati
Demi untuk menghiasi
Hidupmu yang sunyi
Kernamu jua
Sanggup ku pertahankan
Apa saja rintangan
Untukmu ku mahkotakan janjiku
Ingin ku menembusi
Tembok yang kau pagari
Lama mencari erti
Rahsiamu yang tersembunyi
Jangan sekali ku dibenci
Hanyalah kerna aku menghampiri
Menyayangimu
Biarlah aku padamkan
Kepahitan masa silam
Dan mengubat luka dihatimu
Berilah aku peluang
Mahkotakan janji-janji tulus murni
Aku hadirkan diri
Seikhlasnya hati
Demi untuk menghiasi
Hidupmu yang sunyi
Kernamu jua
Sanggup ku pertahankan
Apa saja rintangan
Untukmu ku mahkotakan janjiku