Tak Sangka [SeaTravel Remix]
Dari apa yang aku perhatikan
Manusia mahu senang tapi tak semua mahu berkorban
Dari apa yang mereka katakan
Ada yang jawab jujur tapi selebihnya kuat beralasan
Tak sangka mereka cepat berubah
Tak sangka kau hanya nak cari salah
Kau salahi aku menyebelahi aku
Tikaman dari belakang
Tinggal hati yang berlubang
Jangan cari aku bila ku menghilang
Katakan kau senang senangnya kau membuang
Biar putih tulang jangan putih mata
Jangan pernah lupa hati dalam hitam
Mulut terbuka tapi tak terkata
Buta temberang palsu
Ditatang manis air muka
Senyuman di belakang pintu
Muka yang tak tahu malu
Sang penipu yang meniru tapi tak nak mengaku oh
Kenapa nak bincang
Benda yang dah berulang
Kalau bukunya ku sudah baca
Berapa kali ku bilang
Kepala pon dah hilang
Asyik fikirkan engkau sahaja
Terus terang aku bilang dari dunia asing
Baby girl I’ll tell you one thing
Meja dah terpelanting
Kesabaran aku tinggi dari menara gading
Kau mencerobohi mimpi
Kubur kan masing-masing
Jaga mulut takkan cakap lepas
Barang kau ambil dah boleh lekas
Notifikasi tak pernah balas
Hello uh aku malas
Fikir fikiran matang
Terus pusing bila ku datang
Duduk rumah diam
Pandai pandai belum habis pantang
Buta temberang palsu
Ditatang manis air muka
Senyuman di belakang pintu
Muka yang tak tahu malu
Sang penipu yang meniru tapi tak nak mengaku
Kenapa nak bincang
Benda yang dah berulang
Kalau bukunya ku sudah baca
Berapa kali ku bilang
Kepala pon dah hilang
Asyik fikirkan engkau sahaja
Masih ku diundang
Udang di sebalik batu
Mata yang memandang
Dengan mulut yang merapu
Mimpiku meronta
Hasratku melontar
Lambat atau cepat yeah
Jangan cari aku
Bila ku menghilang
Katakan kau senang
Senangnya kau membuang
Biar putih tulang
Jangan putih mata
Jangan pernah lupa
Hati dalam hitam
Mulut terbuka tapi tak terkata
Buta temberang palsu
Ditatang manis air muka
Senyuman di belakang pintu
Muka yang tak tahu malu
Sang penipu yang meniru tapi tak nak mengaku
Kenapa nak bincang
Benda yang dah berulang
Kalau bukunya ku sudah baca
Berapa kali ku bilang
Kepala pon dah hilang
Asyik fikirkan engkau sahaja