Kurnia
Begitu hangat mentari yang membakar hari
Titis keringat yang jatuh membasahi bumi
Mengingatkan aku pada bahang gelora
Minda juga nurani menjeritlah batin
Sesak di persimpangan kusut dan perit
Asyiknya ku menari ronggeng tarianku
Dalam canggung irama hebat pesona
Betapa sumbang langkah yang kecundang
Diri kegelisahan
Walau ketemu kini dibelenggu gerhana
Lantas menangis si penari menyesali
Hilangnya diri di irama sepi
Lalu tersingkap tabir mata
Oh hadirnya nirwana
Sang mentari menyepi gelora pun mereda
Dan irama mengerti kini berlagu riang
Takkan berpaling lagi mengenang kisah silam
Sanubariku menangis kerana gembira
Kurnia
Lantas menangis si penari menyesali
Hilangnya diri di irama sepi
Lalu tersingkap tabir mata
Oh hadirnya nirwana
Sang mentari menyepi gelora pun mereda
Dan irama mengerti kini berlagu riang
Takkan berpaling lagi mengenang kisah silam
Sanubariku menangis kerana gembira
Kurnia