Seruan
Bumi rindukan hujan
Kerana kegersangan
Panas terus membahang
Kemarau panjang
Aku rindukan Tuhan
Kerana keimanan
Patah di hujung dahan
Ku sesat jalan
Pedoman hilang
Kerana kemarau panjang kering kontang
Dataran alam di dalam kehausan
Kehibaan
Hidupku songsang
Ku cermin muka waktu malam menghitam
Hanyalah gambaran bayang-bayang kelam
Kerisauan
Berikan aku waktu
Ya Tuhanku berikanlah sinaranMu
Agar aku rindukanMu tiap waktu
Ingin aku sahut seruan
Pedoman hilang
Kerana kemarau panjang kering kontang
Dataran alam di dalam kehausan
Kehibaan
Hidupku songsang
Ku cermin muka waktu malam menghitam
Hanyalah gambaran bayang-bayang kelam
Kerisauan
Berikan aku waktu
Ya Tuhanku berikanlah sinaranMu
Agar aku rindukanMu tiap waktu
Diri aku kini
Telahpun membeku
Sekeras beku salju
Tidak menentu