Sudah Lama Memendam Rasa

Tak perlu engkau bertanya lagi
Tak perlu engkau mengambil hati
Usah berpura jangan kau sangka
Aku tidak mengerti apa yang kau sembunyi

Bila bersama seolah tiada
Cacat cela dan gurisan luka
Tetapi itu bukanlah hakikat yang sebenar

Adakalanya aku berkecil hati bila bersama mu
Biarlah tuhan lebih tahu
Apa yang tersirat di dalam hati ku
Yang tidak mungkin kau mengerti

Terlalu lama memendam rasa
Kesabaran pun ada batasnya
Usah bertanya
Sekadar cuma
Untuk menumpang lalu
Di hadapan mata ku

Kekeruhan dalam kehidupan
Hanya masa mampu menjernihkan
Yang selebihnya aku serahkan kepada mu

Dan usah sekali
Kau ambil kesempatan
Di atas kelembutan diri ku ini
Tak perlu engkau bertanya lagi kasih ku
Tak perlu engkau mengambil hati ku

Adakalanya aku berkecil hati bila bersama mu
Biarlah tuhan lebih tahu
Apa yang tersirat di dalam hati ku
Yang tidak mungkin kau mengerti

Hanya masa mampu menjernihkan
Yang selebihnya ku serahkan kepada mu
Selebihnya ku serahkan kepada mu yee
Selebihnya ku serahkan kepada mu

Curiosités sur la chanson Sudah Lama Memendam Rasa de LIZA HANIM

Quand la chanson “Sudah Lama Memendam Rasa” a-t-elle été lancée par LIZA HANIM?
La chanson Sudah Lama Memendam Rasa a été lancée en 2000, sur l’album “Istimewa”.

Chansons les plus populaires [artist_preposition] LIZA HANIM

Autres artistes de Asiatic music