Antara Dua Cinta

NAZREY BIN JOHANI, PAHROL MD JUOI

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh

Curiosités sur la chanson Antara Dua Cinta de Saujana

Quand la chanson “Antara Dua Cinta” a-t-elle été lancée par Saujana?
La chanson Antara Dua Cinta a été lancée en 2000, sur l’album “Kembara Cinta”.
Qui a composé la chanson “Antara Dua Cinta” de Saujana?
La chanson “Antara Dua Cinta” de Saujana a été composée par NAZREY BIN JOHANI, PAHROL MD JUOI.

Chansons les plus populaires [artist_preposition] Saujana

Autres artistes de Religious