Keamanan

JEF HAZIMIN BIN JAAFAR, MUJAHID HAJI ABDUL WAHAB

Tangisan selubungi alam
Kisah manusia yang terluka
Terhina di bumi sendiri
Kifarah terbiar dari Ilahi

Hilang segala apa yang dibina
Kehancuran memusnah melata
Kehidupan insan tak bermaya (insan tak bermaya)

Dengan air mata
Suka bertukar duka
Cahaya harapan berubah gelita
Kepayahan hidup yang amat sengsara (ulurkan bantuan kepada mereka)

Keamanan kedamaian keharmonian
Dan kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan (kasih sayang sesama manusia)

Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukan
Perhatian dan pembelaan
Belas kasihan

Semaikan benih keimanan
Agar ia tumbuh subur
Memayungi kita

Sinarnya harapan
Pasti kan tiba
Menerangi hidup diri kita
Memerlukan pengorbanan semua (hidup aman sentosa)

Masa hadapan yang kita impikan
Dunia yang penuh ceria (ceria)
Hidup aman sentosa
Bahagia (bahagia)

Keamanan kedamaian keharmonian
Dan kasih sayang (kasih sayang)
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan oh

Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukan
Perhatian dan pembelaan
Belas kasihan oh

Hentikan sengketa (hentikan)
Hilangkanlah penderitaan (penderitaan)
Kita sesama manusia
Bersaudara (bersaudara)

Mereka mereka
Juga penderitaan kita (penderitaan)
Kita sesama manusia (oh)
Bersaudara

Keamanan kedamaian keharmonian
Dan kasih sayang (kasih sayang)
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan oh

Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukan
Perhatian dan pembelaan
Belas kasihan (belas kasihan)

Keamanan kedamaian keharmonian
Dan kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan oh

Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukan
Perhatian dan pembelaan
Belas kasihan

Curiosités sur la chanson Keamanan de Saujana

Qui a composé la chanson “Keamanan” de Saujana?
La chanson “Keamanan” de Saujana a été composée par JEF HAZIMIN BIN JAAFAR, MUJAHID HAJI ABDUL WAHAB.

Chansons les plus populaires [artist_preposition] Saujana

Autres artistes de Religious